
Sulit
3 tahun
Sakit tekak. Rasa badan panas walaupun makan panadol
Saya wanita berumur 23 tahun. Pada 23 mei 2021 Sehari selepas sy bersin asbab resdung. Saya rasa tekak saya sakit dan badan sy panas. Tak batuk. Walaupun sy dh makan paracetamol. Badan dan muka sy tetap rasa panas. Sebelum raya pada 12 mei 2021 . Sy ada kontak rapat dengan pesakit covid 19 di tempat kerja. Sy juga telah self quarantine dirumah selama berhari raya. Pada 20 mei 2021, sy telah membuat swab test di klinik swasta , result sy negative. Ada sy berisiko untuk terkena virus covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Gejala keletihan, sakit tekak dan demam boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan paru-paru
- Radang tonsil
- Jangkitan Tibi
- Allergic Rhinits
- Jangkitan bakteria atau virus
Walaubagaimanapun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.