
Sulit
5 tahun
Sakit tekak (rasa sempit dan berkahak sedikit) badan panas
salam hai. saya terasa tekak saya agak gatal dan sempit sedikit dan berkahak sedikit dan badan terasa panas. walahbagaimana pon, saya tidak batuk dan sesak nafas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang gejala panas badan yang anda alami. Sebetulnya keluhan anda bahawa panas adalah subjektif kerana suhu tubuh harus diukur menggunakan termometer. Suhu tubuh melebih 37.5 boleh dikatakan demam. Antara punca badan panas ialah:
Sakit tekak anda mungkin disebabkan:
- dehidrasi
- cuaca panas
- radang tonsil
- radang pharynx
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.