
Sulit
5 tahun
Sakit tekak, sakit mencucuk diperut sblh kiri & mulut kering
Sy wanita berumur 37 thn. Sy mengalami sakit tekak, mulut terasa kering & sakit mencucuk diperut sblh kiri. Adakah disebabkn oleh pengambilan vit c atau disebabkn perkara lain2. Tk

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jankitan bakteria atau virus
- Pharyngitis
- Tonsilitis
Sakit perut sebelah kiri pula boleh disebabkan oleh:
- Keradangan perut/ Gastritis
- Masalah pada organ limpa
- Masalah pada organ pankres
- Masalah pada usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.