
farahpu387
4 tahun
Sakit tekak selepas demam diikuti dengan sakit kepala dan gigi
hai dr. saya mengalami demam yang tidak teruk pada minggu lepas. justeru hanya makan panadol sahaja. selepas pulih, saya mengalami sakit tekak diikuti dengan sakit kepala pada waktu-waktu tertentu.terutamanya pada pagi, tenghari dan lewat petang. adakalanya badan berasa seram sejuk/ lemah badan dan sekarang saya mengalami sakit tekak seperti luka dan sakit gigi. boleh dr bagi pandangan? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tekak yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang saluran udara serta tekak
- Jangkitan kuman dalam saluran udara serta tekak - gejala lain seperti batuk, demam
- Luka pada tekak - akibat asid refluks (gastrik) atau makanan
- Keradangan tonsil
Sebarang masalah pada tekak boleh menyebabkan kesakitan rujukan (referred pain) pada telinga dan gusi. Bagi sakit gigi pula, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor gigi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.