
fatinnfantastic
3 tahun
Sakit tekak semasa hamil part 2
Suami saya ada bagi Difflan Forte untuk sakit tekak. Apakah ubat tu elok untuk saya? Tak terjadi apa apa pada janin?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Penggunaan Difflam Forte iaitu ubat anti-keradangan dan tahan sakit mempunyai larangan umum terhadap merekan yang alah kepada ubat NSAID seperti aspirin dan juga larangan kepada ibu mengandung kerana risiko yang mungkin berlaku kepada si ibu atau kandungan. Tiada kajian buat masa kini yang mengesahkan jika ubat ini berbahaya ataupun tidak pada kandungan namun langkah berjaga-jaga harus diambil sekiranya ianya hendak diambil dan sejarah kesihatan perlu dibincangkan bersama doktor/ahli farmasi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.