Sulit
4 tahun
Sakit tekak setiap pagi
saya lelaki umur 21 thun,msalah saya setiap sya bngun pagi sya rasa kering tekak dan sakit
ada ubat apa apa boleh bantu sya tak doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekak kering kerana tidur dengan postur mulut ternganga
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.