
Sulit
3 tahun
Sakit tekak sukar bernafas
sy mengalami sakit tekak dan sakit ketika menelan air,tetapi 2 hari lepas sy tiba² sukar bernafas dan sakit di tekak tidak ada…saya ke hospital tetapi doktor memberitahu semua dalam keadaan ok…saya ke klinik juga doktor beri jawapan yang sama…mereka kata tidak perlu risau…saya buat swab test dan hasilnya juga negative…apa yang patut saya lakukan…ketika tekak sakit,tiada sesak nafas…tetapi ketika sakit tekak itu hilang,agak sukar untuk bernafas,dan nafas kembali ok bila tekak rasa sakit…tetapi doktor cakap saya tiada masalah…apa yang harus dilakukan…adakah kerana sakit tekak boleh menyebabkan susah bernafas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit tekak dan kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit tekak boleh menyebabkan sesak nafas jika gejala sakit tekak tersebut adalah disebabkan oleh masalah GERD, gastritis, esophagitis, atau ketumbuhan dalam bahagian tekak. Namun, masalah anda juga boleh juga disebabkan oleh gangguan emosi seperti masalah keresahan. Sebaiknya anda merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat diketahui dan setersnya dirawat.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.