nurazam.mazlan
5 tahun
Sakit tekak,sukar menelan
Saya Ada baca satu article
Simptom awalan sama dengan saya…bezanya saya belum demam
Dr boleh Bantu ke tentang article ini sahih atau tidak
KENALI GEJALA KESAN VIRUS COVID-19 DARI HARI KE HARI
HARI 1-3
- Gejalanya hampir sama dengan masuk angin.
- Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
- Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.
HARI KE-4
- Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
- Suara mulai serak.
- Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
- Mulai mengalami gangguan pada tabiat pemakanan.
- Sakit kepala ringan.
- Diarrhea atau gangguan percernaan ringan.
HARI KE-5
- Sakit kerongkong, suara serak.
- Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
- Badan lemah, terasa sakit sendi.
HARI KE-6
- Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
- Batuk dengan lendir atau batuk kering.
- Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
- Kelelahan, mual.
- Sesekali sukar bernafas.
- Jari2 menjadi sakit.
- Diarrhea dan boleh menyebabkan muntah.
HARI KE-7
- Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
- Batuk lebih teruk dan berkahak.
- Sakit2 badan dan sakit kepala.
- Diarrhea yang lebih teruk.
- Muntah.
HARI KE-8
- Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
- Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
- Batuk yang berterusan.
- Sakit kepala, sakit sendi dan sakit punggung.
HARI KE-9
- Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
- Demam semakin teruk.
- Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
- Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.
Pada saat ini, ujian darah dan x-ray paru-paru perlu dilakukan.
5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda. Saya fahami tentang kebimbangan anda memandangkan wabak COVID19 sedang berleluasa.
Menurut WHO, gejala COVID adalah seperti berikut:
- demam (37.5 degree celcius)
- batuk
- sakit tekak
- sakit sendi
- kesukaran bernafas
- sakit kepala
Untuk makluman anda, gejala yang dihadapi oleh individu adalah berbeza antara satu sama lain. Maka, tiada sebarang kronologi yang hanya menjurus kepada penyakit virus ini. Bergantung pada sistem imun seseorang, pesakit tidak perlu tunggu hari ke-9 untuk mendapat komplikasi serius seperti kesukaran bernafas. Maka, jika anda mempunyai sebarang gejala diatas menurut WHO, anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera.
Keperluan ujian saringan adalah bergantung kepada risiko anda. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Sekiranya berisiko tinggi, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Kami juga menyediakan service home testing yang boleh didapati di link berikut: COVID-19 Screening At Home
Walaubagaimanapun, penting untuk kita mengetahui masih terdapat masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan gejala sakit tekak. Antaranya:
- cuaca panas
- dehidrasi
- radang pharynx
- jangkitan virus influenza
- radang tonsil
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































