
minnasutions97
5 tahun
Sakit tekak, sukar untuk bernafas
hi doc, saya seorang staf kfc di area hulu langat. saya sering berkomunikasi dengan customer memandangkan position saya sebagai ‘front of house’. saya tidak keluar negara baru2 ini dan tiada kenalan atau kontak rapat dgn pesakit COVID-19. namun, saya tidak tahu customer yg saya serve itu ‘benar2 sihat atau tidak’ memandangkan terlalu ramai customer yang berkunjung ke kfc hulu langat tersebut meskipun masih dalam tempoh kpk. kebelakangan ini saya berasa sakit tekak dan sakit dada dan kadangkala sukar untuk bernafas. tidak lupa juga saya sukar utk tido dan badan berasa lemah dan lenguh. dan saya telah melakukan ujian kuiz secara online namun saya perlu penerangan yang lebih jelas untuk membuang kerisauan ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Seperti yang anda boleh lihat, gejala jangkitan ini sangat umum dan kerap berlaku terhadap seseorang individu. Oleh itu sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti berikut. Oleh hal yang demikian, penilaian risiko dibuat mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Untuk makluman anda juga, sekiranya seseorang dijangkiti, gejala bergantung kepada tahap kesihatan dan imuniti seseorang. Virus ini boleh dimusnahkan dengan imuniti kita sendiri. Oleh itu, saya cadangkan untuk anda meningkatkan imuniti badan. Proses ini bukanlah proses yang mudah dan sekejap namun ianya baik untuk diamalkan. Antaranya:
- Pengambilan diet yang sihat dan seimbang
- Kerap bersenam
- Cukup tidur
- Mengendalikan stress dengan baik
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasai gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahu punca serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini