
Sulit
4 tahun
Sakit tekak terutama ketika nak menelan tetapi tidak berkahak
Hi, saya berumur 30tahun, lelaki. Saya baru pulang dari Selangor mggu lepas. Tetapi ketika itu masih belum diisytihar kawasan merah.
Saya berasa sakit tekak sejak seminggu yg lalu. Terasa seperti ada lendir di tekak, tetapi tidak berkahak. Saya telah merujuk ke klinik kesihatan daerah kuantan. Dan telah buat RTK test. Ia nya negatif. Doktor telah memberi ubat antibiotik dan cair kahak. Doktor juga mngatakan tidak perlu kuarantin diri.
Walaubagaimanapn, keadaan tekak masih sama.(hari ini adalah hari ketiga pengambilan antibiotik). Tiada batuk dan demam. Adakah ini sakit tekak biasa? perlukah saya kembali ke KK utk minta ujian PCR covid utk kepastian? Terima kasih

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah sakit tekak sewaktu hendak menelan dan anda bimbang jika terkena jangkitan Koronavirus. Anda juga telah pergi ke klinik kesihatan dan doktor telah meminta anda tidak perlu kuarantin setelah keputusan anda negatif COVID-19.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang simptom Covid19.
Untuk makluman anda, menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan simptom sahaja, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti demam. Anda disarankan untuk berjumpa doktor sekali lagi kerana masalah anda belum selesai walaupun telah memakan ubat. Jika doktor itu menasihati anda untuk membuat ujian COVID-19, maka anda perlu membuatnya sekali lagi.
Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan. Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Selain itu, amalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh klik pada link ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini