
Sulit
5 tahun
Sakit tekak x4/7 disertai dengan kesukaran bernafas on & off
Salam sejahtera,saya mempunyai simptom seperti sakit tekak dan kesukaran bernafas. Saya berumur 29 tahun dan tiada kontak kepada mana-mana pesakit yang +ve Covid-19 sebelum ini. Cuma baru-baru ini mempunyai simptom tersebutdan kebelakangan ini sering susah bernafas malahan pernah terjaga dari tidur disebabkan susah bernafas. Saya tidak mempunyai simptom demam atau pernah pergi ke mana-mana negara yang berisiko tinggi cumanya aktiviti kehidupan harian berjalan seperti bisa contoh ke mall atau beriadah. Jadinya saya ingin mendapatkan kepastian perlukah saya pergi ke mana-maadaknJika saya memilih untuk ke pusat kesihatan, adakah saya akan dirawat dengan pusat kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan?Jikasaya memilih untuk ke pusat kesihatan a? Sekian, terima kasihdakah saya akan dirawat sebagai kes urti yang bbiasa? sekian terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda memandangkan kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Memandangkan anda mengalami sakit tekak dan kesukaran bernafas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Menurut WHO, simptom-simptom jangkitan COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Simptom yang anda alami ini boleh juga disebabkan sakit berikut:
- Jangkitan virus.kuman
- Alahan
- Asma
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini