
Sulit
5 tahun
Sakit tekak yang berlarutan
Saya lelaki berumur 27 tahun, tidak merokok dan tidak ambil sebarang minuman keras. Namun, sudah lebih 2 minggu hadapi masalah tonsil bengkak, nafas berbau, sakit tekak dan terdapat 2 biji bintik merah yang tidak sakit didalam mulut. Boleh bantu saya kenali apa isu yang saya lalui? Sudah rujuk di klinik, namun mereka hanya kata infeksi biasa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak tuan, adalah sukar untuk kami membuat kesimpulan berdasarkan gejala yang dinyatakan sahaja. Namun begitu, antara kemungkinan yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi adalah:
- Jangkitan pada tekak
- Radang tonsil
- Masalah dari dalam perut
- Ulser mulut
- Masalah kesihatan gigi atau mulut yang kurang baik
Sekiranya anda telah merujuk masalah ini ke klinik, saya sarankan agar anda mematuhi rejim rawatan yang disarankan. Sekiranya masih belum sembuh, rujuk kembali ke klinik agar rawatan susulan dan pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.