
Sulit
4 tahun
Sakit tekak yang tidak sembuh
Hi, saya wanita 20 an. Saya mengalami sakit tekak melebihi 2 minggu. Saya telah pergi ke klinik swasta pada minggu lepas dan telah diberikan antibiotik tapi masih belum sembuh.hari ini saya telah ke klinik kesihatan dan twlah membuat ujian darah. Hasil ujian darah menunjukkan tiada masalah. Adakah saya perlu ke hospital untuk tindakak seterusnya sekiranya masih sakit tekak lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Masalah sakit tekak boleh berpanjangan sekiranya disebabkan oleh jangkitan virus. Sekiranya simptom ini mengganggu anda atau semakin teruk, anda boleh lantas ke hospital. Sekiranya tidak, anda boleh ke klinik untuk mendapat rawatan tambahan. Sakit tekak juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti:
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Postnasal drip
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.