
Sulit
4 tahun
Sakit tekak yg pedih sangat
hye…sy nak tnya…sy kerap pedih tekak…tp pedih bukan biasa2…pedih yg sangt2 berapi…smpai ke dada…tp dia x sntiasa…bnda tu on off…kdang tngahari skli…mlm skli…sakit sngt…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit tekak yang berlaku secara rawak. Untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan iaitu:
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
- Penyakit keradangan pada tekak
- Jangkitan kuman pada tekak dan kotak suara (Strep throat)
- Lendiran pada ruang hidung yang turun ke tekak (Post-nasal drip)
- Ketumbuhan abses di dalam tekak (Peritonsillar abscess)
- Keradangan tonsil (Tonsilitis)
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria
Anda boleh mencuba beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk melegakan tekak anda iaitu:
- Berkumur-kumur dengan air garam
- Makan ubat tekak
- Minum minuman suam seperti teh dan madu.
- Pastikan tekak tidak kering
- Elakkan minuman berkarbonat dan alkohol
- Elakkan merokok
Sila berjumpa dengan dokotr anda yang berdekatan sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti demam, sakit kepala, sakit dada, ataupun pedih ulu hati.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.