
Sulit
3 tahun
Sakit telinga dan kepala di bahagian kanan yang menyebabkan saya susah nak gerak kan kepala
hye doktor…saya senjak beberapi hari mengalami sakit di bahagian telinga dan kepala sebelah kanan…sakit telinga bukannya dari dalam tetapi bawah dan belakang telinga…saya mempunyai sakit migraine selama 2 tahun…saya pelajar akhir tahun course sains architecture, sejak semua pembelajaran dalam online saya tidak dapat fokus aktiviti lain.waktu tidur pun berubah, seperti pagi pukul 8 saya hadir class online dan tidur semula pada keesokkan hari pagi pkl 10.tidur 4-5 jam dan teruskan assingment…saya terlalu tertekan dengan suasana rumah dan assignments…saya dapat rasakan stress yang terlampau sehingga hilang selera makan.bagi kurangkan tekanan ini saya akan dengar lagu sepanjang hari sehingga saya selesai assignments…dan sejak kebelakangan ini terlalu tumpu cahaya laptopdan ini menyebabkan saya mengalami sakit bahu yang tidak dapat menahan sakit pada bahagian telinga dan kepala…adakah ini disebabkan stress atau masalah pada bahagian telinga dan kepala.boleh doktor bantu saya…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit telinga dan kepala sebelah kanan yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, kami juga fahami bahawa masalah ini amat mengganggu aktiviti seharian anda. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kulit atau selulitis
- Selaran matahari / “sunburn”
- Irritasi kuli
- Sakit kepala atau migrain
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius, seperti:
- jangkitan kuman
- telinga tersumbat
- kecederaan organ pendengaran/kestabilan
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Telinga, Hidung Dan Tekak