
ieylar.rahman
5 tahun
Sakit telinga dan tekak
Saya mengalami sakit tekak 4/7 dan demam 3hari lepas. Tapi suhu badan saya telah pun normal dan okay . Sekarang saya ada batuk dan saya dapat rasakan ianya sedikit bengkak di bahagian tekak saya. Pada hari ke telinga saya sangat2 sakit . Di telinga kiri bahagian dalam. Ianya terasa panas dan berdenyut2 . Ia agak tidak selesa utk saya dan saya dapat rasa kan kesakitan tersebut .
Ada kah ini infection dari tekak saya yg boleh menyebabkan saya mengalami sakit telinga tersebut ?
Dan apa yg patut saya lakukan utk mengurangkan rasa berdengung , panas dan berdenyut tersebut ? Minta pencerahan doc . Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Eustachian Tube atau liang telinga berhubung dengan kawasan tekak. Oleh itu, jangkitan tekak menyebabkan keradangan yang secara tidak langsung akan menjejaskan liang telinga sekaligus menyebabkan masalah pendengaran seperti bunyi berdengung atau berdenyut. Keadaan tersebut mampu membawa kepada komplikasi jangkitan telinga disebabkan oleh liang telinga tersumbat.
Untuk mengetahui punca masalah batuk yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana dikhuatiri masalah batuk anda akan membawa kepada jangkitan telinga. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.