Sulit
2 tahun
Sakit telinga , demam beberapa hari, pandangan kabur
Saya lelaki berusia 20an . Saya nak tanya masalah kesihatan yg saya alami . Sakit kepala, telinga sehingga demam utk beberapa hari . Pandangan menjadi kabur apabila melihat secara laju . Rasa kebingungan dan denyut dibelakang telinga dan sering lupa Jadi, saya nak pendapat dari doktor . Adkah pnyakit saya boleh sembuh seperti sedia kala ? Terimakasih
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit telinga, mata kabur dan pening kepala.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti jangkitan pada telinga boleh menyebabkan sakit telinga, pening kepala dan juga penglihatan kabur.
Antara jangkitan telinga yang boleh berlaku adalah:
- Otitis externa
- Otitis media
Jangkitan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian lebih lanjut adalah:
- Labyrinthitis
- Vestibular neuritis
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.