isyafinasa
3 tahun
Sakit telinga di bahagian dalam
Hi doctor… Dua hari lepas hingga skrg saya mengalami sakit telinga…telinga saya brdengung,brdenyut dn sangat sakit… Tlinga saya juga rasa berair. Apabila saya korek tlinga mggunakn ketip kapas. Hasilnya tiada apa2 yg kluar mlh lbih sakit… Dan apabila saya telan air liur saya rasa sperti ada gelema… Smggu sblum ini saya mengalami selesema… Jadi saya ingin tnya kenapakah tlinga saya sakit dn bagaimana nk tangani situasi ini…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala seperti telinga tersumbat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan dalam telinga - jangkitan selesema yang naik ke telinga
- Resdung
- Gegendang telinga koyak - akibat nanah atau perubahan tekanan
- Tahi telinga yang tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.