Sulit
4 tahun
Sakit telinga di kedua2 belah telinga
Saya wanita 20-an… sy mngalami sakit telinga ketika tidur secata mengering dimana bila sy tersedar dari tidur saya akn berasa sakit yang teramat sangat seperti mencucuk dan berdenyut di kedua-2 belah telinga… apakah sakit yang sy sedang alami dan cara mengubatinya… untuk pengetahuan doktor, sy mempunyai sejarah pesakit temporomandibular joint / tmj… dimata rahang sy berbunyi klik ketika membuka mulut dan pernah menjalani rawatan sebelum ini dan kembali sakit setelah hampir setahun sy menjalani rawatan sebelum ini… adakah sakit telinga sy disebabkan oleh penyakit tmj yg sedang sy alami?? Berikan cdangan rawatan yg perlu sy lakukan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah TMJ anda berulang
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Abses atau nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.