jaydeshmond3421
4 tahun
Sakit telinga kiri walaupun dah dapatkan rawatan seeprti ubat cecair Dan mintak
Telinga sakit walaupun telah masuk cecair ubat Dan ikut traditional masuk mintak mungkin kulit kering,tetapi Masih lagi sakit Dan telah berterusan 3 hari
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada telinga anda masih berterusan walaupun sudah menerima ubat cecair boleh disebabkan:
- Kesan ubat pada telinga
- jangkitan merebak kedalam telinga
- Kebocoran gegendang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista (cyst)
- Abses atau nanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.