
Sulit
3 tahun
Sakit telinga ,rahang muka,hidung,juga leher
Saya dahlia berusia 38 tahun,beberapa hari ini saya mengalami masalah telinga saya berdenyut2,rahang saya mulai sakit,mata saya kabur,leher dan juga hidung saya sakit,boleh doctor berikan penjelasan,kerana saya sangat takut ,tambah2 lagi dgn keadaan pendemik covid19 ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap gejala sakit telinga, rahang, hidung dan juga leher yang dialami oleh anda lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Gejala yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan ini sudah semestinya menimbulkan perasaan risau kepada anda. Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang mengalami gejala yang disebutkan adalah:
- Jangkitan telinga
- Jangkitan kelenjar air liur
- Jangkitan tekak
- Jangkitan hidung
Walaubagaimanapun, gejala yang dinyatakan adalah tidak spesifik dan kami sarankan anda untuk membuat siasatan lanjut. Sekiranya anda mengalami gejala ini, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Demam
- Sakit kepala
- Hilang deria rasa dan bau
- Deria pendengaran berkurangan
- Pening atau sakit kepala
- Sukar untuk bernafas
Kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.