aiennnur
4 tahun
Sakit telinga secara mengejut
Hi doktor, saya seorang wanita berusia 18 tahun . Pagi tdi ketika tidur , pada jam 1.30 pagi telinga saya terasa seperti menyucuk / digigit sesuatu menyebabkan saya terjaga dari tidur saya… kesakitan yg dirasai diluar kawasan telinga dari belakang cuping telinga dan kadang kala terasa sehingga leher kiri saya… disebabkan itu saya tidak dapat tidur sehingga sekarang pada jam 700 pagi. Saya telah mengambil pil tahan sakit tetapi tidak mengalami perubahn dan kesakitan di telinga saya bertambah sakit… apakah sbb yg menyebabkan telinga say sakit?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Terdapat banyak sebab sakit telinga iaitu:
Masalah pada struktur telinga:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Masalah struktur sekitar telinga:
- Jangkitan pada tekak
- Tonsil bengkak
- Jangkitan pada tulang mastoid
- Barah pada saraf yang menhubung otak dan telinga (Acoustic neuroma)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!