
Anonymous
5 tahun
Sakit telinga tutup lubang telinga
Anak saya umur 2 tahun lebih mngalami sakit telinga sampai membengkak tutup lubang telinga…apa masalah ya doktor…pergi cek klinik cakap tahi telinga keras…bagi ubat titis…tapi dah seminggu masih sakit…dan makin membengkak…bantu saya doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Telinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat beberapa sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
Tahi telinga menyumbat lubang telinga
Jangkitan pada lubang telinga
Bendasing menyumbat saluran telinga
Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang hadapi oleh anak anda dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.