
Sulit
5 tahun
Sakit tengkuk hingga kepala
Slm sejahtera doctor, sy hamil 29w, sejak 3 hari ini sy rsa sakit di bahagian kelenjar thyroid kiri dan kanan dan skrg sakit merebak ke bahgian tengkuk sebelah kiri hingga kepala. Sy dah check di klinik kesihatan,doktor bgtahu sy hanya terkena jangkitan pd tekak krn tekak sy merah. Petang ni sy rasa sakit tengkuk dan sakit kepala yg berdenyut denyut. Sy tak demam. Perlu ke sy ke klinik semula. Sy dibekalkan ubat tahan sakit dan antibiotik.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit tekak memerlukan beberapa hari untuk pulih. Sebaik- baiknya anda habiskan dahulu ubat yang diberi doktor terutamanya antibiotik kerana pengambilan antibiotik yang tidak habis akan menyebabkan komplikasi “antibiotic resistance”. Anda juga dinasihati supaya banyakkan minum air kosong untuk cepat pulih.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.