
Anonymous
5 tahun
Sakit tengkuk leher dan bahu
Hi doktor. Saya hazwan. Berumur 27tahun.Saya bekerja sbgai warden yg bkerja shif pagi petang dan malam. Berat saya 100kg manakala tinggi saya 177cm. Masalah saya ialah saya mengalami sakit dan lenguh pada bahagian tengkuk leher dan bahu yang mengakibatkan saya sering mengerakkan bahagian leher tengkuk ke depan belakang kanan dan kiri. Setiap beberapa 15minit dan sudah menjadi kebiasaan. Apakah masalah yang saya lalui dan cara mengubatinya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan pihak tuan, sakit dan lenguh pada bahagian tengkuk dan bahu biasanya seringkali disebabkan oleh postur tubuh yang tidak betu ketika duduk, berdiri, membongkok, mengangkat barang, tidur dan sebagainya. Postur tubuh yang tidak betul ini menjadi tabiat dan semakin lama boleh menyebabkan kerosakan pada stuktur tubuh sekaligus menyebabkan sakit dan lenguh.
Bagi mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk meperbetulkan postur tubuh dalam aktiviti seharian anda, selain itu anda juga disarankan untuk selalu bersenam bagi menguatkan otot dan tulang anda. Sekiranya perubahan gaya hidup tidak berhasil, anda boleh merujuk kepada doktor agar pemeriksaan lanjut boleh dilakukan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.