
justinrufina
2 tahun
Sakit tengkuk sebelah kanak
beberapa hari saya mengalami keadaan yang tidak selesa dan perlu penyelesaian

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit tengkuk adalah:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Antara cara untuk Pengurusan sakit leher adalah
Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.