
Sulit
4 tahun
Sakit teramat di bawah pusat turun ke bahagian bawah selama beberapa lama menyebabkan kesukaran bergerak kerana rasa sakit yang menyengat sekali
Saya gadis 16 tahun.saya mengalami rasa sakit di bahagian bawah pusat turun ke bawah. Rasa sakit ini menyebabkan kesukaran bergerak kerana rasa sakit yang menyengat sekali. Rasa sakit yang saya rasakan ini akan terus menyerang selama beberapa masa.
Saya tidak tahu apa punca. Saya merasakan sakit ini sudah beberapa lama tapi belum mengambil tindakan seperti pergi ke hospital.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat banyak penyebab sakit perut bahagian bawah. Punca-punca sakit perut bahagian bawah boleh dibahagikan kepada keadaan berkaitan reproduktif, sistem perkumuhan, perut dan usus. Antara penyebab sakit perut bahagian bawah adalah:
Keadaan berkaitan perut dan usus:
- sembelit
- gastroenteritis
- sindrom iritasi usus
Keadaan berkaitan organ reproduktif:
- senggugut
- kehamilan
- endometriosis
Perkumuhan
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang di saluran air kencing
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih