Sulit
3 tahun
Sakit tonsil berulang
Doktor, boleh terangkan adakah sakit tonsil boleh berulang setelah melakukan pembedahan?, ibu saya pernah melakukah pembedahan tonsil yg diikuti dengan pembedahan lain kerana berlaku pendarahan lebih 4 tahun lepas, sekarang ni ibu rasa tonsil dia kembali sakit dan telah lebih dari 4 hari, jadi bolehkah sakit tonsil berulang?
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda tentang masalah yang dihadapi oleh ibu anda.
Berdasarkan keterangan anda, jawapannya adalah ya, tonsil boleh menjadi sakit kembali bergantung pada tahap kesihatan ibu anda.
Tonsillitis merupakan keradangan tonsils anda yang dijangkiti oleh bakteria ataupun virus. Tonsillitis boleh dikategorikan kepada tiga jenis mengikuti jangka masa simptomnya, iaitu tonsillitis akut, tonsillitis kronik dan tonsillitis berulang. Bagi ibu anda, kekerapan berlakunya tonsillitis meletakkan ibu anda dalam kategori tonsillitis berulang.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ibu anda mempunyai jangkitan yang berulang kali, iaitu bakteria yang tidak sensitif terhadap antibiotik yang anda makan, sistem imun yang lemah dan berkemungkinan besar rumah anda mempunyai pembawa bakteria ini. Jikalau ibu anda mempunyai tonsillitis, ibu anda akan mengalami nafas berbau, sakit tekak, sakit menelan, demam, tonsils yang merah dan nodus limfa yang bengkak. Sama ada ibu anda memerlukan pembedahan tonsil tertakluk kepada kekerapan jangkitan ibu anda dan keseriusan kondisi ibu anda.
Bagi pembedahan tonsil, ia merupakan satu prosedur pembedahan yang mengeluarkan tonsils ibu anda. Ia dapat mengelakkan tonsillitis daripada terjadi kepada anda pada masa depan kerana anda tidak mempunyai tonsil. Tetapi setiap pembedahan mempunyai risiko, contohnya bengkak, pendarahan, jangkitan dan reaksi kepada ubat anestetik selepas pembedahan.
Sila ikut nasihat doktor kepada ibu anda dan klik pada link ini (DoctorOnCall) jika anda memerlukan pandangan lebih lanjut tentang perkara yang melibatkan ibu anda ini. Terima kasih.