
Linda
6 tahun
Sakit tonsil kemudian sakit kepala
Hi doktor. Sy mempunyai masalah sakit tonsil. Apabila tonsil sy beransur pulih, kepala sy bahagian kanan terutamanya di bahagian kening rasa sakit. Kebiasaannya saya rasa sakit daripada sy bangun tidur sehinggi ke petang. Sy tidak mempunyai masalah tidak cukup tidur ataupun stress di tempat kerja kerana sy tidur tepat pd masa dan rehat secukupnya. Sekarang sudah masuk mnggu kedua sakit ini. Boleh saya tahu adakah ini migrain atau sakit kepala biasa. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat pelbagai jenis kondisi yang boleh menyebabkan sakit kepada. Sakit kepala boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu sakit kepala akut dengan sakit kepala kronik. Jika anda tidak pernah mengalami sakit kepala sedemikian, maka anda sedang mengalami sakit kepala yang akut sekarang. Dari kenyataan anda di atas, kemungkinan anda untuk menghidap migrain adalah rendah. Migran merupakan sejenis sakit kepala yang kronik. Biasanya serangan migran tidak akan berlangsung lebih daripada 72 jam.
Punca-punca yang boleh menyebabkan sakit kepala akut termasuk kluster, tension, sinus dan sebagainya. Berdasarkan sejarah yang anda telah bagi, diagnosa yang paling sesuai untuk anda buat masa sekarang adalah sakit kepala sinus. Sakit kepala sinus biasanya disebabkan oleh jangkitan di bahagian sinus anda.
Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mengetahui apakah punca untuk sakit kepala anda.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Sakit kepala boleh dikelaskan menjadi sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer adalah idiopatik, yang bermaksud penyebabnya tidak diketahui. Sakit kepala sekunder biasanya merupakan gejala amaran masalah yang lain, seperti tumor di dalam otak atau berdarah di otak akibat trauma atau tekanan darah tinggi.
Dari cara yang anda telah jelaskan, saya fikir anda mungkin mengalami sakit kepala cluster, sakit kepala tension mahupun migrain. Maklumat terperinci tentang sakit kepala seperti lokasi, sebelah atau kedua-dua belah, tahap kesakitan, sifat kesakitan seperti menusuk atau berdenyut-denyut dan gejala-gejala lain seperti loya dan muntah, sensitiviti yang meningkat kepada bau, cahaya atau bunyi dan berapa lama sakit kepala itu bertahan adalah diperlukan oleh doktor.
Saya sarankan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.sealin itu, terdapat beberapa langkah yang anda perlu lakukan. Pertama, anda perlu menyimpan diari sakit kepala dan tunjukkan kepada doktor anda. Pastikan anda mempunyai corak tidur yang betul. Pengambilan keju, wain dan coklat perlu diambil dengan berhati-hati, dengan mengambil kira bahawa ia boleh mencetuskan sakit kepala.
Perubahan gaya hidup seperti latihan yoga untuk menangani tekanan mungkin membantu. Sekiranya anda mengalami sakit yang sangat teruk, segera dapatkan perhatian doktor.