Sulit
4 tahun
Sakit tonsil sebelah kiri sahaja
Saya mengalami sakit tonsil selama 9 hari. Tapi yang peliknya sakit tonsil cuma di sebelah kiri sahaja. Sekarang sakit berdenyut denyut hingga di telinga. Sebelum ini saya suda ke hospital dan saya diberi amoxycillin tetapi sampai sekarang belum ada perubahan. Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah saya harus balik ke hospital?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Memandangkan gejala ini telah berlangsung lama, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.