
Sulit
5 tahun
Sakit tulang belakang badan
Saya remaja wanita yang sakit tulang dibahagian belakang bahu saya sehingga menyebabkan saya susah untuk bergerak tetapi apabila saya baring,tiada rasa apa-apa.boleh doktor terangkan saya ni sakit apa sebenarnya.ia bermula sejak malam semalam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot bahu - akibat aktiviti bersukan atau psotur duduk tidak kondusif
- Kecederaan bahu
- Masalah pra-menstruasi
- Ketegangan saraf bahu
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.