Sulit
3 tahun
Sakit tulang belakang bahagian bawah
Saya wanita berumur 17tahun. Jika saya makan rendang atau kari saya akan sakit tulang belakang bahagian bawah. Saya rasa sakit ini disebabkan oleh campuran santan dlm hidangan tersebut. Adakah santan baik untuk kesihatan?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Penyakit ulser perut
- Radang pankreas/buah hempedu
- Keradangan buah pinggang
- Masalah ovari terbelit
Santan pada amnya tidak berbahaya namun boleh menyebabkan komplikasi sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit usus atau sensitif terhadapnya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























