
Sulit
4 tahun
Sakit tulang belakang (bahagian pinggang tengah )
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya mengalami sakit belakang dah 3 tahun tapi sewaktu saya basuh baju sahaja. Basuh baju dengan posisi tunduk diri tunduk diri. Sejak tahun ni sakit dkt tulang belakang saya agak kerap. Sekarang ada bengkak di bahagian tengah tulang blkg saya. Serius ke atau sekadar angin sahaja? Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit belakang anda, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Mengenai bengkak pada bahagian tengah tulang belakang anda, ianya memerlukan pemeriksaan fizikal daripada doktor bagi mengetahui penyebabnya supaya rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda. Justeru, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini lebih lanjut dengan doktor di klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!