
Sulit
4 tahun
Sakit tulang belakang dan kaki
Saya Azila 26 tahun. Saya mempunyai spinal bifida occulta since 2009 dan ianya sakit berlarutan hingga sekarang.dalam masa 3 bulan ini saya merasakan sakit makin kuat tambahan bahagian kaki juga sakit seperti mencengkam dan agak sukar untuk berjalan. Dua bulan sebelumnya saya tidak dapat mengawal untuk ke toilet tetapi beransur baik masa ini. Saya juga mempunyai tiroid. Sebelum ini hyper dan sudah turun pada hypo. Adakah teruk apa yang saya alami ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami turut bersimpati serta memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang dan kaki yang anda hadapi. Untuk makluman anda, riwayat penyakit anda yaitu spina bifida occulta meletakkan anda dalam risiko tinggi untuk kecederaan tulang belakang dan saraf tulang sehingga kemungkinan terjadi komplikasi seperti lumpuh dan jangkitan. Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjutan seperti xray agar dapat dinilai keutuhan tulang dan saraf anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!