Sulit
3 tahun
Sakit tulang belakang dan sapu minyak angin
Saya lelaki 19 tahun sakit tulang belakang dan saya cuma sapu minyak angin sahaja lama kelamaan sakit tulang belakang menjadi reda
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun begitu, saya kurang pasti dengan soalan yang anda ingin ajukan kepada kami. Jika anda mempunyai masalah sakit tulang belakang yang menyebabkan gangguan pada aktiviti harian anda, saya sarankan anda untuk pergi berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.