mraimantoya
3 tahun
Sakit tulang belakang memberi kesan kepada bawah punggung hingga ke kaki
Isteri saya berumur 23 tahun mengalami masalah sakit bawah punggung hingga ke kaki yang menyebabkan dia susah untuk melakukan aktiviti seharian. Setiap kali berjalan, duduk dan baring dalam waktu yang agak lama akan membuatkan ia bertambah sakit seperti kejang otot dan kebas. Kerap kali terjadi apabila dia bangun berjalan selepas daripada tidur atau baring. Sangat seksa bagi nya untuk menahan kesakitan yang dialami walaupun sudah cuba urut dan sapu minyak angin/panas. Pemeriksaan doktor sudah dijalankan tetapi mengambil masa selama 4 bulan untuk menunggu rawatan physiotherapy. Selama 4 bulan hanya diberi ubat tahan sakit dan juga conterpain cream. Apakah tindakan perlu diambil bagi mengurangkan beban isteri saya ini? Harap doktor dapat membantu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, isteri telahpun menjalani pemeriksaan sebelum ini dan mengetahui penyebab kesakitan. Sekiranya isteri anda merasakan kesakitan semakin teruk atau mendapat simptom lain yang membimbangkan, sila rujuk kembali kepada doktor berkenaan untuk pemeriksaan tulang anda.
Selalunya, ubat tahan sakit serta ubat sapuan ini akan mengurangkan sakit tersebut. Namun untuk kes ini, saya sarankan untuk anda mendapatkan nasihat doktor yang merawat isteri anda
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) sekiranya ingin mendapatkan pandangan daripada doktor kami secara atas talian. Terima kasih.































