
Sulit
4 tahun
Sakit tulang ekor kerana duduk terlalu lama, walaupun duduk di atas permukaan yang lembut seperti tilam
saya wanita berumur 23 tahun, dan berat saya hanya 41kg. masalah saya adalah, tulang ekor saya kerap sakit apabila duduk terlalu lama, walaupun duduk diatas permukaan yg lembut.adakah ianya disebabkan saya terlalu kurus? atau disebabkan masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tulang ekor boleh disebabkan:
- Postur badan tidak kondusif ketika duduk
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc”, “herniated disc”
- Masalah otot pelvis - seperti keradangan
- Masalah buah pinggang - seperti jangkitan kuman, keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.