
aydanrifqiey17
2 tahun
Sakit tulang punggung
Hai doc. Saya berumur 31 tahun. Dah 4 hari saya rasa sakit pada bahagian atas tulang punggung. Sukar untuk membongkokkan badan ke bawah. Boleh saya tau punca serta cara atasinya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang punggung boleh disebabkan:
- Postur badan tidak kondusif ketika duduk
- Maslah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc”, “herniated disc”
- Masalah otot pelvis - seperti keradangan
- Masalah buah pinggang - seperti jangkitan kuman, keradangan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.