nureliya2002
6 tahun
Sakit Tulang rangka yang berlanjutan setiap masa
Saya wanita berumur 15 tahun. Sy menyalami sakit di ke semua bahagian tulang rangka termasuk dibahagian depan Dan belakang . Sy ade juga mengalami kesukaran Bernafas kadang ii .sakit yang teramat dibahagian belakang dn depan . Sehingga mengakibatkan ke tidak selesaan pada saya . Sakit dibahagian tulang rusuk sepanjang masa . Sakit tulang ini mengakibatkan kn saya tidakboleh bercakap atau gelak kuat kerna mengakibatkan sakit yang teramat sangat . Sakit setiap masa Walau sy tidak bercakap . Bole dr terangkn mengapa dan apa yang perlu saya lakukan ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada tulang rusuk anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan atau ketegangan otot dada/tulang rusuk - akibat sewaktu bersukan atau tidur/duduk tidak selesa
- Keradangan tulang rusuk - akibat jangkitan kuman atau kecederaan
- Penyakit asma juga boleh menyebabkan ketidak-selesaan dada akibat nafas tidak sekata
- Penyakit kayap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























