
Anonymous
2 tahun
Sakit tulang rusuk kiri belakang
Assalamualaikum & salam sejahtera doktor. Saya nak tanya, isteri saya mengadu sakit di tulang rusuk kiri belakang. Sakit seperti menyucuk. Dia nak tegakkan posisi badan pun akan terasa sakit. Sebarang pergerakan pon dia akan rasa sakit di bahagian rusuk belakang itu. Sebarang lebam atau bengkak tiada langsung saya nampak. Dan kadang kadang nak tarik nafas panjang atau dalam pon akan terasa sakit juga. Kadang kadang juga rasa sakit di bahagian depan rusuk belah kiri. Rasa berdenyut. Saya nak kepastian daripada doktor, apa sebenarnya yang dialami oleh isteri saya? Kalau boleh saya nak kepastian dengan segera. Harap sangat sangat doktor dapat mengurai kebuntuan saya. Terima kasih in advance, doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk kiri, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan.Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.