
nurinzaty
4 tahun
Sakit Tulang rusuk kiri selepas kemalangan dilanggar oleh kereta di
saya baru mengalami kemalangan di langgar oleh kereta pada bahagian kiri kereta saya. semasa kejadian saya tidak mengalami apa apa rasa kesakitan setelah 2-3 hari rusuk saya terasa seperti sakit . apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk masalah ini?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit di kawasan tersebut setelah kemalangan adalah perkara yang nomal oleh kerana:
- kecederaan atau ketegangan otot yang ringan
- gangguan tubuh sementara akibat dari sesuatu impak
- proses inflamasi dan baik pulih setelah kecederaan ringan berlaku
Akan tetapi ia boleh menjadi tidak normal jika anda mengalami simptom seperti berikut:
- kesakitan
- rasa panas di bahagian tengkuk
- loya dan muntah
- berbunyi
- sesak nafas
Jika anda mengalami mana-mana simptom di atas, saya nasihatkan anda untuk segera berjumpa dengan doktor ataupun pakar tulang. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan itu juga termasuk:
- trauma muskuloskeletal
- patah tulang
- kecedaraan otot berat
- gangguan organ internal
- dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Masih risau dengan sakit di rusuk anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!