fadilahjamaludin0
6 tahun
Sakit tumbuh gigi bongsu
saya ada tanya soalan tentang kelenjar di leher bengkak dan sakit tekak. selepas 5/6 hari, sakit tekak saya telah berkurangan tetapi tambah pula sakit gigi bongsu saya tumbuh. adakah sakit gigi bongsu tersebut boleh melambatkan lagi surut bengkak pada kelenjar leher?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kesakitan pada gigi bongsu boleh disebabkan kerana ransangan saraf-saraf gigi tersebut. Manakala bengkak dikalenjar atau nod limfa leher pada kebiasaannya disebabkan kumpulan-kumpulan sel darah putih yang melawan jangkitan kuman. Sekiranya gigi bongsu tersebut dijangkiti kuman, ada kemungkinan bengkak kalenjar dileher akan lambat surut. Sekian




























