faizahpiruz95
6 tahun
Sakit tumit kaki dan pinggang
Saya berumur 24 tahun. Sejak seminggu ini saya mengalami kesakitan tumit dan pinggang yg menyebabkan rasa tidak selesa terutama bahagian pinggang. Tidak kira ketika baring, duduk, berdiri atau berjalan. Pinggang terasa sakit2. Sy juga sudah selsema, sakit tekak 2 hari. Adakah ini tanda2 demam biasa disebabkan penat atau sy disarankan mendapat rawatan lanjut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Secara amnya , adalah biasa untuk mengalami kesakitan badan pada masa demam.Namun begitu terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya sakit pinggang.Antaranya ialah:
Otot belakang yang terseliuh
Ketegangan otot belakang
Kemampatan cakera intervertebral
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit tumit.Antaranya ialah:
Bengkak tumit: Ia sering berlaku kepada orang yang menpunyai tapak kaki yang rata. Ia juga boleh disebabkan oleh memakai kasut tumit tinggi sebelum tulang matang sepenuhnya.
Sindrom Tarsal Tunnel: Terjadi apabila saraf besar di bahagian belakang kaki termampat.
Keradangan kronik pad tumit: Ini disebabkan sama ada pad tumit menjadi terlalu nipis, atau badan terlalu berat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih





























