
Sulit
3 tahun
Sakitvperut,perut selalu masuk angin
sy wanita berusia 42 tahun.sering sakit perut jika tersalah mkn,lmbt mkn atau perut terlalu penuh.sy juga mengalami pencernaan yg lmbat sehingga perut jadi kembung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami bahawa anda sering sakit perut sehingga perut menjadi kembung. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda tentang hal ini sekali lagi kepada anda.
Secara umum, masalah sakit perut dan perut kembung boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan
Bagaimanapun, masalah sedemikian juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Bowel obstruction/ Usus tersumbat
- Diverticulitis
- Keradangan appendiks
- Penyakit radang pelvis
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara telekonsultasi bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penjelasan ini dapat membantu anda. Sila hubungi pihak kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi