
Sulit
4 tahun
Salam doc.ada tips utk sye gugurkan kandungan cara semulajadi. baru 4 minggu.jarak anak pertama terlalu dekat dan kos agak mahal.. masalah covid19 merisaukan keadaan skrg.. tq
salam doc.ada tips utk sye gugurkan kandungan cara semulajadi. baru 4 minggu.jarak anak pertama terlalu dekat dan kos agak mahal… masalah covid19 merisaukan keadaan skrg… tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Saya sangat bersimpati atas masalah yang anda alami. Ramai masyarakat di negara kita terjejas dengan wabak COVID19 samada dari segi kewangan, bisnes, keluarga dan sebagainya. Untuk makluman anda, memang terdapat ubatan untuk menggugurkan anak tetapi ianya memerlukan preskripsi daripada doktor dan tidak boleh diambil sewenang wenangnya. Hal ini kerana ubat ini mungkin akan memberi komplikasi yang serius kepada anda dan boleh membahayakan nyawa.
Saya mencadangkan anda untuk berjumpa dengan Doktor di mana-mana klinik atau hospital, ceritakan kepada mereka situasi yang anda alami dan minta pendapat mereka. Memang sukar untuk membesarkan anak dalam keadaan ekonomi sempit sebegini tetapi saya berharap anda dapat menimbang balik keputusan anda.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Di masa akan datang, sekiranya anda ingin mengelakkan kehamilan berlaku, anda boleh cuba cara-cara di bawah:
- Penggunaan kondom
- Ambil pil perancang tablet
- Suntikan pil perancang
- Pemasangan alat IUD
Keempat empat kaedah ini boleh dibincang dengan lebih lanjut dengan doktor di klinik. Sekali lagi saya amat bersimpati tetapi ianya salah dari segi undang undang untuk saya memberi preskripsi ubat keguguran untuk anda tanpa pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.