
Sulit
3 tahun
Salbutamol/guaiphenesin untuk baby 1 tahun 4 bulan
Hai doktor saya nak tanya. Anak saya selesema dan batuk waktu malam. Bunyi kahak. Saya dah gunakan sterimar untuk anak masih tidak sembuh. Saya ada pergi klinik swasta doktor bagi ubat salbutamol untuk anak dengan dos 2.5ml. Bila saya pergi klinik kesihatan kerajaan doktor kata tidak boleh bagi ubat batuk, selesema dan cair kahak pula.saya jadi confius. Soalan saya selamat ke saya bagi anak salbutamol yang diberikan oleh doktor swasta?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat. Salbutamol merupakan ubat yang digunakan untuk melegakan gejala sukar bernafas dan nafas berbunyi. Sukar untuk kami katakan sama ada ubat yang diberikan adalah selamat untuk diberikan ataupun tidak kerana maklumat lanjut mengenai gejala yang dialami oleh anak anda perlu diketahui.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.