
Sulit
3 tahun
Saliva test dari negatif , kemudian positif
Doc, sy ada selsema dan badan terasa mcm nak demam. Cuma sy xda kontak rpt, dll. Pagi tdi dlm jam 7pg sy dh buat covid test kit, result menunjukkan negative, kemudian pada slbh ptg, dlm jam 3 mcm tu, sy tgok balik, ada 2 line. Cuma satu line tu kabur. Yg mana result yg btul ye doc?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa khuatir kerana keptusan ujian covid-19 anda adalah was-was. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi keputusan ujian yang dilakukan tidak tepat, antaranya:
- Cara anda melakukan test tersebut tidak betul
- Waktu anda melakukan test tersebut tidak tepat
- Alat tersebut telah rosak
- Sampel cairan yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
Sebagai pengetahuan tambahan, simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Anda disarankan untuk melakukan ujian kendiri covid-19 atau berbincang dengan doktor agar mendapat kepastian tentang tahap kesihatan anda.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini