
Sulit
3 tahun
Saliva test positif tapi pcr test negatif
Kenapa kadang boleh terjadi bila seseorang buat saliva test result dia boleh positif tapi bila dia buat pcr test untuk double confirm semula result dia berubah negatif?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi keputusan ujian yang dilakukan tidak tepat, antaranya:
- Cara anda melakukan test tersebut tidak betul
- Waktu anda melakukan test tersebut tidak tepat
- Alat tersebut telah rosak
- Sampel cairan yang digunakan telah bercampur dengan cairan lain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini