
Sulit
5 tahun
Saluran air kencing pada zakar terasa gatal
Saya lelaki dalam 20an terasa gatal pada saluran air kencing . 2 minggu dah berlalu . Bila kencing terasa pedih sikit tp tak sakit sangat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala saluran kencing berasa pedih dan gatal boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran kencing
- Batu karang
- Alahan zakar pada bahan pencuci
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.