
shayikin9
5 tahun
Saluran air mata tersumbat
Hai saya wanita berusia 24 tahun. Mata kiri saya selalu mengalami masaalah seperti ketumbit, kornea mata terguris. Dan untuk pengetahuan Dr, saya adalah pengguna contact lens selama 7 tahun. Baru- baru ini saya ada check mata dan doktor mengesahkan saya ada blockage, gland eyes di kedua belah mata. Saya ada buat kaedah tuam dan doktor sahkan sudah sembuh. Tapi kadang-kadang mata saya masih sering sakit yang berdenyut. Perlukah saya buat pembedahan? Kalau ya, berapakah kos rawatan? Dan bolehkah saya memakai contact lens lagi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya gejala mata berdenyut dan sakit kerap berlaku, serta mempunyai gejala lain seperti mata merah, mata berair atau kabur penglihatan, maka anda disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor semula bagi melihat punca kepada gejala yang anda alami. Mengenai rawatan pula, ia adalah bergantung kepada punca kepada masalah yang anda alami dan anda dinasihatkan untuk tidak memakai kanta lekap buat sementara waktu ini. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.